Staf tularkan video pelanggan wanita tak puasa, Burger King Malaysia ambil tindakan

Staf tularkan video pelanggan wanita tak puasa, Burger King Malaysia ambil tindakan

 

Baru-baru ini tular di TikTok sebuah rakaman kamera litar tertutup (CCTV) tiga wanita bertudung yang memesan makanan di sebuah restoran makanan segera dan seterusnya makan di dalam restoran ketika bulan puasa  sehingga menimbulkan pelbagai reaksi dari netizen.

Burger King Malaysia mengesahkan bahawa rakaman itu telah dimuatnaik oleh kakitangan mereka dalam satu kenyataan rasmi menerusi Facebook Burger King Malaysia.

 

“Kami ingin mengesahkan bahawa kiriman video yang tular itu dimuatnaik oleh pekerja Burger King Malaysia. Walaubagaimanapun, kami tidak membiarkan perkara ini dan akan memastikantindakan akan diambil terhadap staf terbabit.”

“Di Burger King Malaysia, kami benar-benar menghargai dan menghormati privasi pelanggan kami dan kami akan memastikan kejadian seperti ini tidak akan berlaku lagi.”

Selepas video itu tular, pelbagai reaksi netizen yang timbul. Ada yang berpendapat tidak seharusnya pekerja tersebut memuatnaik klip rakaman kerana mengganggu privasi pelanggan. Ada juga yang berpendapat pelanggan tersebut tidak sepatutnya makan di bulan puasa di tempat awam.

Tindakan memuatnaik rakaman tersebut seharusnya tidak berlaku. Jika staf tersebut rasa kurang senang mereka makan di restoran itu, boleh menegur secara baik dan tidak perlu menggunakan media sosial untuk selesaikan masalah.

Harap perkara sebegini tidak berulang lagi. Tambahan pula di bulan Ramadan yang mulia ini.