“Ini ofis ke koperasi” – Staf hanya ada 5 orang, majikan dipuji sediakan rak penuh dengan makanan

“Ini ofis ke koperasi” – Staf hanya ada 5 orang, majikan dipuji sediakan rak penuh dengan makanan

 

Dalam dunia pekerjaan, ada sesetengah orang tidak mempunyai hubungan yang baik dengan majikan mereka.

Ini kerana ada bos yang memberi layanan kurang memuaskan dan menganiaya staf sendiri hingga menyebabkan hubungan sesama mereka agak keruh.

Namun, berbeza pula dengan seorang wanita ini apabila majikannya memberi layanan luar biasa terhadap dia dan rakan sekerja yang lain.

Menerusi perkongsian video di akaun TikTok @rabbitscute, pengguna berkenaan berkongsi sikap pemurah majikannya yang menyediakan stok makanan khusus buat lima orang staf di pejabat.

Apa yang menjadi perhatian adalah stok makanan tersebut amat banyak malah terlebih mencukupi buat lima orang pekerja di situ.

“Dalam office (pejabat) ada lima ketul je staf, tapi dapat bos ‘provider’,” tulis pemilik video berkenaan.

Tidak hanya itu, pengguna berkenaan mendakwa kadang kala majikannya sering memasakkan hidangan untuk makan tengahari buat mereka.

Menerusi video berasingan, dapat dilihat pengguna berkenaan menunjukkan hidangan makan tengahari yang dibeli oleh bosnya itu.

Malah dapat dilihat, stok minuman pelbagai jenis kopi turut disediakan istimewa buat pekerja syarikat terbabit.

Difahamkan, majikannya merupakan sebuah produksi, Saphire Screen Sdn Bhd yang terletak di Ampang, Selangor.

Selain itu, majikan pengguna berkenaan turut menghiasi pejabat mereka seperti sebuah kediaman.

Ini kerana dia mahu pekerjanya tidak stres apabila datang bekerja dan rasa seperti duduk di rumah.

“Macam ini punya cantik, balik 11 malam pun saya sanggup bos. Bos cakap dia suka konsep rumah supaya tak stress datang kerja,” tulisnya lagi.

@rabbitsscute

Tengah hari bos masakkan lunch pulak. Hmmm nk tido je kat office ni boleh tk? 😌 @Saphire Screen Sdn. Bhd. #fyppppppppppppppppppppppp #fyp #viraltiktok #viralvideos #xyzabc

♬ original sound – malaysia tribune – malaysia tribune

Mengintai ke ruangan komen, rata-rata pengguna teruja melihat stok makanan yang amat banyak itu.

Malah, ada yang berseloroh menyatakan keinginan untuk bekerja disitu dek kerana layanan baik yang diberikan oleh majikan pengguna terbabit.

Tidak kurang juga ada yang turut berkongsi kisah sama mendapat layanan baik daripada bos masing-masing.