SPRM Perak cari Siti Aisyah

SPRM Perak cari Siti Aisyah

Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Perak sedang mengesan seorang wanita berasal dari Shah Alam, Selangor bagi membantu siasatan kes berkaitan penyelewengan.

SPRM dalam kenyataan hari ini, berkata orang ramai yang mengenali Siti Aisyah Mohamad Amir, 31 dengan alamat terakhir di Blok 2, Tingkat 10B, Berek Polis Seksyen 9, Persiaran Kayangan, Seksyen 9, Shah Alam, Selangor diminta tampil membantu siasatan.

“Maklumat mengenai wanita berkenaan boleh disalurkan kepada pegawai penyiasat, Penolong Penguasa Abdul Jalil Hamdan di talian 019-6002041.

“Pegawai penyiasat juga boleh dihubungi melalui talian05-5261227 sambungan 135 atau emel ke alamat [email protected],” katanya. – BH