SPRM Perak cari dua warganegara Myanmar berhubung kes rasuah

SPRM Perak cari dua warganegara Myanmar berhubung kes rasuah

 

SURUHANJAYA Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Perak sedang mengesan dua lelaki warganegara Myanmar bagi membantu siasatan kes rasuah.

SPRM dalam kenyataan berkata, individu pertama yang dicari Noor Bashar Hairul, 26, memegang kad Suruhanjaya Tinggi Bangsa-Bangsa Bersatu Untuk Pelarian (UNHCR) bernombor 354 -13C00811.

Katanya, individu berkenaan mempunyai alamat terakhir di No 51, Persiaran Murni 4, Taman Indah, 31150 Ulu Kinta, Perak.

Sementara itu, SPRM juga sedang mengesan Abu Talab Nur Muhammad, 25, yang memegang kad UNHCR bernombor 354 -15C07305.

“Individu tersebut juga mempunyai alamat terakhir di No 51, Persiaran Murni 4, Taman Indah, 31150 Ulu Kinta, Perak.

“Sehubungan itu, orang ramai yang mengenali atau mempunyai maklumat mengenai kedua-dua lelaki tersebut diminta menghubungi Pegawai Penyiasat, Penolong Penguasa Gray Lee Yadon di talian 019-8408395 / 05-5267000 atau emel kepada [email protected],” katanya.

Sumber: Malaysiapost