SKMM sahkan polis terima 20 laporan ke atas pemilik Facebook Wan Noor Baizura

Isu melibatkan Wan Noor Baizura atau lebih dikenali sebagai Kaklong 7E selepas meniru cara Orang Kelainan Upaya (OKU) berjalan kini sudah mendapat perhatian pihak polis.
Ini apabila Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) memaklumkan sebanyak 20 laporan polis telah dilakukan bagi mendakwa Kaklong 7E.
Ketua SKMM, Datuk Zahidi Zainul Abidin mengesahkan perkara itu selepas apa yang dilakukan Kaklong 7E adalah berbentuk penghinaan ke atas OKU dan dikongsikan pula ke Facebook.