Menang Bintang Asia Terbaik, Siti Saleha dipuji lebih cantik berbanding pelakon Korea
Pelakon terkenal Malaysia, Siti Saleha menjadi bualan ramai baru-baru ini kerana berjaya merangkul Trofi Outstanding Asian Star menerusi Seoul International Drama Awards.
Penghargaan itu diberikan atas lakonannya dalam drama bersiri SeOfis yang ditayangkan di laman penstriman Tonton pada Januari lalu.
“Saya sangat bersyukur atas pengiktirafan ini dan saya ucapkan terima kasih yang tak terhingga kepada Tonton dan TV3 Malaysia kerana sentiasa menyokong hasil kerja saya.
“Memenangi trofi ini untuk ‘SeOfis’ adalah impian yang menjadi kenyataan, dan membawa pulang kemenangan pertama Malaysia dalam kategori ini sejak 2017 adalah kemenangan yang sangat membanggakan,”katanya.
Dalam pada itu, pelakon berusia 34 tahun itu turut berjaya menarik perhatian netizen tempatan kerana kecantikannya pada malam anugerah itu.
Siti Saleha atau nama penuhnya, Siti Saleha binti Mohd Baharum menggayakan gaun kuning cair ketika acara itu dan kelihatan begitu elegan.
Malah dalam satu hantaran di aplikasi X, difahamkan kecantikan Siti Saleha pada malam itu turut trending dalam laman carian Korea Selatan, Naver.
Sebagai info, Seoul International Drama Awards diperkenalkan sejak tahun 2015 berperanan mempromosikan kepelbagaian budaya melalui drama, dan kini menjadi platform global yang meraikan bakat-bakat dari seluruh dunia.