Siti Nurhaliza akhirnya buka cerita, lagu Jerat Percintaan rupanya hampir digantikan Mazleela di pentas AJL 1996

Siti Nurhaliza akhirnya buka cerita, lagu Jerat Percintaan rupanya hampir digantikan Mazleela di pentas AJL 1996

 

Umum tahu, lagu Jerat Percintaan telah melonjakkan karier Datuk Seri Siti Nurhaliza sekitar tahun 1996 menerusi beberapa pentas nyanyian berprestij tempatan seperti AJL dan Anugerah Industri Muzik.

Tahun itu, lagu Jerat Percintaan menggondol persembahan terbaik dan kategori balada AJL 1996 serta telah meraih lagu terbaik semasa Anugerah Industri Muzik ke-4 pada tahun 1997.

Jerat Percintaan dicipta oleh komposer terkenal Adnan Abu Hasan dan liriknya ditulis oleh Othman Zainuddin dan Hani MJ.

Namun, akui penyanyi lagu itu sendiri, Datuk Seri Siti Nurhaliza, ada yang tidak tahu sebenarnya lagu tersebut asalnya hampir dinyanyikan Mazleela di pentas AJL 1996!

@m.s.zone

Ini cerita sebenarnya. Kalau penerbit nak juga Siti bertanding, jika keadaan tak mengizinkan, tetap juga tak terjadi kan? #sitinurhaliza #fypシ #sitism #romansakita #ganti #magis #tanpadirimu #sehebatmatahari #menyapadunia #menjagacintamu #teratas

♬ original sound – ꪑᦓ – ꪑᦓ

“Betullah Kak Mazleela akan nyanyi, itu cadangan untuk gantikan saya sebab saya form 5 ada peperiksaan kan.

“Tapi akhirnya, yang buat keputusan untuk pergi itu perbincangan antara Kak Rozi, ayah saya dan abang Ayie.

“Kebetulan ketika itu cuti Deepavali, saya ada break dan kebetulan tarikh itu cikgu cakap boleh. Haa, itu sebenarnya membuatkan saya berubah keputusan untuk pergi bertanding semula,” kata Siti menerusi siaran langsung di media sosialnya baru-baru ini.