Siti Bainun dah kurus sejak masuk penjara, ini respon padu Noh Salleh

Siti Bainun dah kurus sejak masuk penjara, ini respon padu Noh Salleh

 

Baru-baru ini, tular di media sosial mengenai fizikal pengasas Rumah Bonda, Siti Bainun Ahd Razali kelihatan kurus ketika hadir ke mahkamah bagi mendengar rayuan.

Malah, perubahan bentuk fizikal Bainun yang dikhabarkan telah hilang berat sebanyak 60 kilogram itu mendapat pelbagai reaksi daripada warganet dan selebriti.

Namun begitu, vokalis kumpulan Hujan iaitu Noh Salleh meninggalkan komen pada berita berkaitan fizikal Bainun mencuri tumpuan ramai.

Kata Noh, Bainun kini berjaya menurunkan berat badan namun dia telah meninggalkan trauma buat Bella selamanya.

“Dia kurus, tapi trauma Bella selamanya,” komennya ringkas pada sebuah blog hiburan.

Siti Bainun kini menjalani hukuman penjara selama 12 tahun di Penjara Kajang selepas didapati bersalah atas tuduhan mengabai dan menganiaya remaja Sindrom Down, Bella.

Mahkamah memerintahkan Bainun untuk menandatangani bon berkelakuan baik selama lima tahun dengan seorang penjamin beserta cagaran berjumlah RM5,000.

Dia juga diarahkan untuk melaksanakan khidmat masyarakat selama 200 jam yang perlu disempurnakan dalam tempoh enam bulan selepas tamat hukuman penjara.