Singapura rampas 18kg dadah bernilai RM4.4 juta dari dalam kereta yang baru tiba dari Malaysia

Agensi anti-narkotik Singapura mengumumkan rampasan dadah jenis heroin hampir 18kg dalam sebuah kereta yang tiba dari Malaysia dengan media tempatan melaporkannya sebagai tangkapan terbesar di negara itu dalam tempoh dua dekad.

Biro Narkotik Pusat menahan tiga lelaki warga Malaysia berusia antara 23 dan 28 tahun berikutan pemeriksaan kenderaan itu pada Rabu, menemui 17.7kg heroin, 261gm kristal methamphetamine dan 2gm pil ekstasi.

Singapura antara negara mengenakan hukuman paling berat di dunia berkaitan pengedaran dadah, termasuk hukuman gantung.

Pengedaran lebih daripada 15gm heroin tulen atau 250gm methamphetamine boleh dikenakan hukuman mati.

Kumpulan hak asasi manusia berkata, beratus-ratus orang telah digantung kerana kesalahan dadah sejak beberapa dekad lalu, termasuk kebanyakannya warga asing.

Agensi narkotik menganggarkan dadah dirampas itu bernilai kira-kira SGD1.3 juta (RM4.4 juta).