Individu dakwa bahasa Inggeris & makanan di Singapura jauh lebih baik berbanding Malaysia

Individu dakwa bahasa Inggeris & makanan di Singapura jauh lebih baik berbanding Malaysia

 

Individu dakwa bahasa Inggeris & makanan di Singapura jauh lebih baik berbanding Malaysia

Seorang netizen Singapura baru-baru ini mengeluarkan kenyataan yang dianggap berani apabila mendakwa negaranya lebih jauh ke hadapan berbanding Malaysia.

Individu itu berkata, segala yang dimiliki Malaysia, turut dimiliki Singapura bahkan lebih baik berbanding Malaysia dari aspek makanan, budaya, dan penguasaan bahasa Inggeris.

Komen itu dilontarkan selepas seorang pelancong asing memuji Malaysia yang dikongsikan di platform X.

Pelancong itu berkata, berdasarkan pemerhatiannya Malaysia adalah tempat yang selamat untuk dikunjungi, mempunyai semangat kekeluargaan yang kuat, rakyatnya mampu bertutur bahasa Inggeris lebih baik berbanding negara lain.

Paling penting tidak cuba “memeras” pelancong dengan mengenakan harga yang cekik darah.

Ini antara pemerhatian yang dikongsikan warga asing itu.

1. Rakyat Malaysia secara keseluruhannya bertutur dalam bahasa Inggeris yang jauh lebih baik daripada mana-mana negara asia lain yang boleh anda lawati.

2. Pelancong tidak akan ditipu dengan kenaikan harga dengan sengaja. Anda akan membayar jumlah yang sama seperti orang tempatan.

3. Sikap mengikis duit orang asing nampaknya tidak wujud di sini

4. Tempat yang sangat selamat, kepercayaan sosial yang tinggi, semuanya berjalan dengan baik

5. Budaya kekeluargaan. Kanak-kanak di mana-mana, taman di mana-mana

6. Makanan setanding dengan New York City

7. Perkhidmatan perubatan adalah murah dan boleh diakses pada bila-bila masa anda perlukan. Doktor dan kakitangan semuanya berbahasa Inggeris

Bagaimanapun, pujian itu nampaknya tidak dipersetujui seorang netizen yang dikatakan seorang penulis asal Singapura bernama Cheah Kit Sun.

“Ahem. Singapura mempunyai bahasa Inggeris yang lebih baik.  Singapura hampir tidak mempunyai rasuah.  Singapura tidak peras pelancong. Singapura mempunyai taman di mana-mana. Singapura terkenal dengan makanannya. Semua yang Malaysia ada, Singapura lebih baik…kecuali harga,” kata Cheah.

Komennya itu mengundang rasa jengkel dalam kalangan pengguna media sosial yang kemudian sekolahkan individu tersebut.

Mereka menyelar tindakan memburukkan orang lain semata-mata mahu memartabatkan negara asalnya.

Rakyat negara ini juga mengatakan makanan di Singapura sebenarnya langsung tidak sedap jika dibandingkan makanan di Malaysia.