“Simpanlah kenangan bersama pasangan..” – Ingatan sempena hari lahir, Hidayah kongsi video karaoke bersama arwah Abam

“Simpanlah kenangan bersama pasangan..” – Ingatan sempena hari lahir, Hidayah kongsi video karaoke bersama arwah Abam

 

Semalam merupakan ulang tahun kelahiran pelakon dan pelawak, Allahyarham Abam.

Bersempena hari yang cukup bermakna itu, balu kepada selebriti tersebut iaitu Nor Hidayah Mohd Ali memuat naik video kenangan bersama arwah di media sosial.

Menerusi perkongsian di Instagram (IG), Hidayah dan arwah Abam dilihat sedang berkaraoke bersama-sama dengan menyanyikan lagu Memori Berkasih yang pernah dipopularkan oleh arwah Achik Spin dan Siti Nordiana.

Selamat hari lahir suamiku 19 Januari 1988, genaplah umur mu 36 tahun. Cintaku selamanya. Kenangan yang tidak dapat kembali lagi.

Tidak dapat menanggung rindu, Hidayah kemudian menitipkan nasihat kepada pengikutnya supaya merakam setiap memori mereka bersama pasangan agar menjadi kenangan ketika mereka sudah tiada.

Simpanlah kenangan bersama pasangan anda banyak-banyak pun tak apa, bila dia tiada kenangan ini akan menjadi kenangan sampai bila-bila. Al-Fatihah suamiku Syed Umar Mokhtar.

hidayah abam karaoke

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata warganet sebak dan tersentuh dengan ucapan Hidayah selain turut mendoakan agar arwah Abam ditempatkan dalam kalangan orang yang beriman dan Hidayah juga dilimpahkan dengan kebahagiaan.

Untuk info, Abam dan Hidayah mendirikan rumah tangga pada 2017 dan mereka dikurniakan seorang cahaya mata lelaki bernama Syed Uthman Hamzah yang kini berusia 5 tahun.

Pada 10 Februari 2020, pelawak tersebut dilaporkan meninggal dunia akibat demam panas.