Simpan kuku panjang, giliran Ustazah Siti Afifah pula kena ‘sekolah’ dengan netizen

Simpan kuku panjang, giliran Ustazah Siti Afifah pula kena ‘sekolah’ dengan netizen

 

Tidak dapat dinafikan, sejak akhir-akhir ini, nama ustazah Siti Afifah menjadi topik hangat dalam kalangan netizen gara-gara kenyataan ‘mendayuskan’ para suami kerana membenarkan doktor lelaki melihat aurat isteri mereka sewaktu bersalin.

Malah, dia juga berani melontarkan pendapat bahawa seseorang yang bersalaman dengan golongan artis berbanding para ulama boleh menyebabkan kehilangan roh dan jiwa dan dia turut mendakwa minum susu berlebihan boleh mengundang jangkitan kutu.

Pun begitu, baru-baru ini, netizen telah berjaya mencari kelemahan Ustazah Afifah menerusi sebuah video yang dikongsikan di aplikasi TikTok berkaitan topik Bila Saat Kematian.

@sunnahtidakberbohong

#bilasaatkematian #bilasaatdemampanaskemuncak #sunnahtidakpernahbohong

♬ bunyi asal – Siti Afifah Shahbudin – Siti Afifah Shahbudin

Dalam video itu, netizen mendakwa mereka melihat kuku Ustazah Siti Afifah sangat panjang ketika menerangkan topik yang sedang dibincangkan.

Jaga la kebersihan tu ustazah!

Susulan itu, majoriti netizen melemparkan kritikan mereka terhadap penampilan Ustazah Siti Afifah yang dilihat tidak menjaga kebersihan dirinya.

Apa ye hukum simpan kuku panjang ni?

Malah, ada juga segelintir netizen yang mengajukan soalan mengenai hukum menyimpan kuku panjang memandangkan sebelum ini dia sering mengeluarkan hukum hakam dalam islam.