“Sibuk buat TikTok rupanya” – Netizen dedah ‘doktor selebriti’ buat hal

“Sibuk buat TikTok rupanya” – Netizen dedah ‘doktor selebriti’ buat hal

 

Sejak petang Selasa. tular di laman Twitter mengenai ciapan netizen mendedahkan perilaku tidak bertanggungjawab seorang individu bergelar doktor.

Doktor Popular Di TikTok Buat Hal?

Dalam ciapan tersebut, netizen itu meluahkan rasa tidak puas hati berikutan doktor tersebut dikatakan tidak menjalankan tugasnya sebaik mungkin berikutan sibuk membuat kandungan di media sosial. Difahamkan, individu tersebut juga sohor di laman Tiktok.

“Susah rupanya ada selebriti doktor dekat hospital kau. Ward tak pusing, OT (kerja lebih masa) tak masuk, klinik tak pergi. Sibuk buat tiktok rupanya” ciap netizen itu

Sedang Jalankan Webminar 

Dalam rantaian ciapan yang sama, doktor yang dimaksudkan juga sedang menjalankan sebuah webminar untuk orang ramai yang berminat menjalani ‘pseudoscience personality’.

“Oh lepas itu percaya pseudoscience personality itu. siap buat webminar rm100/per pax gitu. Kaya cepat” katanya lagi

Sehingga artikel Murai ini ditulis, ciapan tersebut telah mendapat 2800 ulang kicau serta disukai oleh 7300 pengguna laman Twitter.

Di ruangan komen, rata-rata netizen membanjiri dengan pelbagai pertanyaan selain masih berteka-teki mengenai siapakah doktor selebriti tersebut.