“Siapa tu?” – Ning Baizura dikecam gara-gara tak tahu ‘All eyes on Rafah’
Penyanyi Ning Baizura kini sedang menjadi perhatian ramai apabila rakaman video live daripada Instagram miliknya kini sedang tular di platform X.
Video tersebut telah mengundang kecaman hebat daripada warganet kerana tindakannya yang terpinga-pinga apabila membaca slogan ‘All eyes on Rafah’ yang ditulis oleh pengikutnya.
Dalam video tersebut dilihat Ning Baizura seperti melakukan sesi karaoke dan secara tiba-tiba ada netizen menulis slogan tersebut di ruangan komen.
Ning Baizura dilihat seperti terpinga-pinga siapakah yang dimaksudkan dengan ‘Rafah’ sebelum tersedar dan meminta maaf.
Ia telah mengundang kemarahan netizen sehingga ada yang label penyanyi lagu Awan Yang Terpilu ini sebagai ignorant.
“All eyes on Rafah. Who’s that?” Ada eh manusia yang macam ni sekali? Kalau cakap artis malaysia memang ramai out of touch or just plain bangang kang mula lah sekor sekor sentap terpaling artist pun struggle jugak blablabla. Its high time we de-influence n defund these people lah pic.twitter.com/EKaWQkzx0h
— Juju (@arxxxxmand) May 14, 2024
Menjengah ke ruangan komen, ramai netizen yang mempertikaikan kepekaannya terhadap isu Palestin ini kerana slogan dan berita mengenai ini terlalu banyak di media sosial.