“Siapa kau?” – Dituduh cuba rosakkan akidah, Iqram Dinzly ‘sound’ PU Syed

“Siapa kau?” – Dituduh cuba rosakkan akidah, Iqram Dinzly ‘sound’ PU Syed

Kisah bermula apabila baru-baru ini, Iqram yang dilihat mengenakan solekan menggerunkan telah ditegur oleh seorang pemuda menerusi Bigo Live.

Lebih mengejutkan apabila diminta supaya ingat pada Tuhan, Iqram membalasnya dengan kenyataan yang didakwa boleh memesongkan akidah.

“Sembahlah aku, sembahlah aku!” katanya dalam video terbabit.

Teguran PU Syed

Klip video itu mencuri perhatian pendakwah bebas Pencetus Ummah (PU) Syed yang memberi peringatan kepada orang ramai agar tidak melayan kerenah pelakon berusia 40 tahun kerana bimbang boleh memesongkan akidah.

Menurutnya lagi, pemilik nama Muhammad Iqram Dinzly Muhammad Saipuddin itu perlu mendapatkan rawatan segera dan dikenakan tindakan undang-undang.

Kenyataan balas Iqram Dinzly

Membidas kenyataan pendakwah itu, Iqram tampil memberi respon tentang dakwaan tersebut dengan memuat naik ‘posting’ dengan penjelasan panjang lebar di Instagram.

Tegas Iqram, dakwaan itu tidak seharusnya dilemparkan sewenang-wenangnya tanp mengetahui perkara sebenar yang berlaku.

Malah, Iqram turut menyatakan hal berhubung isu tekanan atau depresi tidak perlu dibangkitkan.

“Kenapa aku pula kau nak bangkitkan isu yang mungkin kau sedang stress | depression sebab pusat rawatan kau tak siapa nak lawat sebab PKP?
“Chill Ah Bro! Sekiranya benar kau di jalan Allah, kau kena reda dan berserah. Bukan macam anjing menyalak alkononnya acah kau kata aku rosak akidah,” katanya.

Terdahulu, PU Syed mengingatkan supaya pengguna media sosial lain tidak melayan Live pelakon terbabit kerana risau akan terpesong akidah.

Sumber: ohmymedia, Instagram Iqram Dinzly, Instagram PU Syed