“Siapa jantan tu?” – Fara Salleh dedah terima ugutan & warning dari Shuk Sahar?

“Siapa jantan tu?” – Fara Salleh dedah terima ugutan & warning dari Shuk Sahar?

Pempengaruh media sosial dan usahawan, Fara Salleh mendedahkan bahawa dia menerima ugutan daripada pelawak, Shuk Sahar gara-gara ada individu meninggalkan komen di Instagramnya.

Menerusi perkongsian Fara, dia menerima ugutan menerusi kiriman Whatsapp daripada Shuk kerana ada salah seorang pengikutnya di Instagram meninggalkan komen ‘welcome back’ pada sebuah fotonya.

Malah, dia juga mendedahkan menerima amaran untuk memadam semua komen setiap kali memuat naik gambar di Instagramnya.

“Just because my followers comment at this picture ‘welcom back’ I received whatsapp threatening. 122k (followers) I don’t even know each of you, but I received a warning to delete all of your comment everytime I post a picture,” kata Fara.

Ig Fara Salleh

Bukan itu sahaja, Fara juga mendedahkan kiriman suara Shuk menerusi Whatsapp yang mempersoalkan siapa individu yang meninggalkan komen tersebut dan memintanya untuk memadam dengan segera.

“Aku tanya kau ni. Siapa jantan ni sebenarnya? Kau siap ber ‘I you’ pulak dengan dia. Kau padam kau komen ‘I you’ dengan dia tu,” kata Shuk.

Terdahulu, Shuk didakwa menjalin hubungan dengan Fara di belakang bekas isterinya, Rossa Sera dan menjadi punca kepada keretakkan rumah tangga mereka.

Untuk rekod, Shuk dan Rossa berkahwin pada 2015 namun bercerai pada 22 Mac lalu.

Hasil perkongsian hidup, mereka dikurniakan dua orang puteri iaitu Nur Qurratu Ain, 6 dan Nur Assyifatu Aimi, 3.