“Siap ugut nak bawa Samurai” – Tak puas hati anak dituduh mencuri, bapa ludah pekerja playground

“Siap ugut nak bawa Samurai” – Tak puas hati anak dituduh mencuri, bapa ludah pekerja playground

 

Satu video tular merakamkan seorang bapa bertindak meludah pekerja di taman permainan kanak-kanak (indoor playground) dan juga pelanggan lain.

Lelaki itu bertindak demikian setelah pekerja playground memaklumkan -anak-anaknya mencuri makanan dan minuman, lalu meminta lelaki itu membayar semua barangan yang telah diambil berjumlah RM9.00.

@bebimelia

salah anak sendiri lepastu takboleh terima nak baran sampai ludah staff and customer lain #abangbajubiruproblem #fypシ゚viral

♬ original sound – Puteghaa. – Puteghaa 𒆜

Bapa kepada tiga anak itu memaklumkan dia boleh membayar tetapi dengan meminta bayaran kemasukan anak-anaknya ke playground itu berjumlah RM48.00 dikembalikan kepadanya.

Selain itu juga, ada dakwaan lain yang mengatakan anaka-anaknya turut mengganggu pelanggan lain dengan meminta mereka membelikan makanan dan minuman. Salah seorang anaknya juga dikatakan telah meminum air pelanggan lain tanpa kebenaran.

Difahamkan, lelaki itu adalah pelanggan tetap dan selalu meninggalkan anak-anaknya untuk bermain. Dia sebelum ini juga berpesan kepada pekerja playground agar tidak memberikan apa-apa makanan atau minuman kepada anak-anaknya.

Bagaimanapun, pekerja pula mengatakan anak-anak lelaki itu suka meminta-minta.

@bebimelia

saya edit mcmni jela harap korang faham sbb tgh mamai pun still nak bagi korang faham kan situasi 😭

♬ original sound – meow – meow

Dalam pada itu, pekerja juga mendakwa lelaki itu mengugut mahu membawa senjata datang ke playground berkenaan kerana tidak berpuas hati dengan mereka.

“Dia suruh suami akak ni (pekerja) datang jumpa dia, one by one (bergaduh) sebab tak dapat terima kesalahan anak dia.

“Dia siap ugut nak bawa Samurai, tapi kitorang cakap nak report polis, terus dia bebel,” katanya.