“Siap buat mini love dan peace.. Semua happy? Bella dah cukup azab” – Netizen caci barisan peguam Siti Bainun

Setiap perkembangan kes seorang remaja perempuan sindrom down dikenali sebagai Bella yang didakwa didera oleh pengasas Rumah Bonda, Siti Bainun Ahd Razali sentiasa diikuti netizen di media sosial.
Perbicaraan kes yang berlangsung ketika ini memperlihatkan pelbagai berita dilaporkan antara Siti Bainun dan remaja berusia 13 tahun itu demi menuntut keadilan sewajarnya.
Tidak terkecuali bagi salah seorang peguam mewakili Siti Bainun iaitu Hafidzah Hassan yang berkongsi ‘cross examination’ (transkrip soal balas) ke atas saksi pendakwaan kelima menerusi satu ciapan di laman Twitter.
Sebahagian cross examination oleh peguam siti bainun kepada Saksi pendakwaan kelima.
THREAD pic.twitter.com/BZyxAEEuGn
— HafidzahHassan (@hafidzahhassan1) April 14, 2022
Bagaimanapun, orang ramai lebih tertumpu kepada sekeping foto dimuat naik Hafidzah yang memaparkan Siti Bainun bergambar bersama barisan peguamnya.
Meninjau ke ruangan komen, ciapan diulang kicau lebih 8,000 kali itu dihujani hampir semua komen negatif netizen yang seolah-olah tidak berpuas hati melihat barisan peguam tersebut ‘membela’ kes Siti Bainun.
Malah, netizen berpendapat bahawa wajah masing-masing dilihat gembira sekali gus mengenang kesakitan dan penderitaan Bella akibat didera.
Nak tahu identiti 9 peguam lain
Boleh posing buat ‘peace’, padahal Bella bernanah…
Bangga dapat bela si pendera?
Betul la kata Fynn Jamal, susah kes ni nak menang
Motif buat ciapan ni? Bella dah cukup azab
Berfoto dengan pendera, buat simbol mini ‘love and peace’
Saya faham tugas peguam. Wakili klien, abaikan pendirian peribadi. Tapi kalau sampai pose bergambar dengan alleged abuser siap simbol mini love & peace, tak tau nak cakap apa. https://t.co/P061zwKJhX pic.twitter.com/gFUVhQBqOp
— KNB 🏴 (@nizambakeri) April 14, 2022
Tak belajar etika perundangan, kurang sensitiviti?
Bahana peguam muslim yang tidak pernah belajar tentang Adabūl Qadha' (Etika Perundangan) menurut perspektif Shariah, kurang nya sensitiviti terhadap konsep ;
1. من مشى مع خصمه وهو له ظالم فهو آثم حتى يرجع إلى الحق.
2. أنّ حكم الحاكم لا يحلّ له الحرام.#keadilanbuatadikbella https://t.co/AUbJ3T5rjO
— عِزّ الأزهري (Izz) (@izzalazhary) April 14, 2022
Apapun, sama ada salah atau tidak, peguam hanya menjalankan tanggungjawab mereka dan membantu mahkamah bagi membuat keputusan yang adil.