“Siap bersayang-sayang” – Bergambar bersama dengan letak emoji ‘love’, ramai restu Ah Moi dan Boss James

“Siap bersayang-sayang” – Bergambar bersama dengan letak emoji ‘love’, ramai restu Ah Moi dan Boss James

 

Bagi korang yang mengikuti gosip di media sosial, pasti korang kenal dengan Ahmoi atau nama sebenarnya, Shermine Hau yang pernah tular dicurangi bekas suami, View Chin.

Meskipun kisah kecurangan itu telah berlalu, ramai yang masih mengikuti perkembangan Ahmoi dan terbaru, ibu kepada tiga cahaya mata ini memuat naik gambar memaparkan dia bersama seorang influencer terkenal, Boss James.

Gambar itu menarik perhatian ramai kerana kedua-duanya kelihatan agak rapat dan Shermine menggunakan emoji hati di kapsyen posting tersebut.

With boss❤️,” tulisnya.

Menjengah ke Facebook pula, kelihatan Boss James meninggalkan komen di posting Shermine dengan menulis,

“Assalamualaikum sayang” dan mendapat balasan “Hi sayang” daripada Shermine. Uish biar betul?

Komen Boss James

Posting berkenaan telah mendapat pelbagai respon daripada netizen yang teruja melihat Boss James dan Shermine bersama.

Netizen Sokong

Ramai yang mendoakan semoga mereka berjodohan dan mengatakan bahawa mereka secocok menjadi pasangan.