Shuk Sahar ke pejabat agama, rakam macam buat music video

Shuk Sahar ke pejabat agama, rakam macam buat music video

 

Sudah tentu ramai yang cukup terkesan dan turut simpati tatkala melihat temubual isteri kepada Shuk Sahar iaitu Rosalennah Natassyiah Asshaferrah menerusi rancangan hiburan ‘MeleTOP’ tempoh hari.

Mana taknya, belum sempat lagi menjawab soalan daripada pengacara, ibu kepada dua orang anak itu dilihat tidak dapat menahan sebak tatkala terkenangkan dugaan yang dilalui.

Mula-mula memang bagi peluang untuk anak-anak tapi lama kelaman tu Sera macam…

Dalam temubual itu juga, Rossa Sera akui kesal apabila berkali-kali kemaafan yang diberikan seperti langsung tidak dihargai oleh suaminya tersebut.

Walau bagaimanapun, kini kedua-duanya sudah pun capai kata sepakat berkenaan hala tuju rumah tangga yang dibina selama 7 tahun lalu.

@imranimlap

#meletop #fyp Rossa Sera pt1

♬ original sound – imran imlap – imran imlap

Aku bukan jodohnya…Aku titipkan dia lanjutkan perjuanganku

Terbaru, pelawak berkenaan dilihat telah memuat naik satu rakaman di TikTok. Shuk yang berpakaian serba hitam, bersongkok bersama seorang lagi lelaki dipercayai peguamnya telah pun hadir ke sebuah pejabat agama untuk menyerahkan beberapa borang dan juga fail.

Walau bagaimanapun, apa yang menarik perhatian adalah, situasi itu siap dirakam seperti sebuah music video diiringi lagu ‘Aku Bukan Jodohnya’ nyanyian Tri Suaka.

@shuksahar

#akubukanjodohnya #akutitipkandialanjutkanperjuanganku #semogadipermudahkansegalanya

♬ original sound – shuksahar – shuksahar

Amboi macam shooting drama Akasia TV3…Trust issue betul bila record lawo-lawo gini bila masalah

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata netizen tertanya-tanya apakah tujuan sebenar Shuk hadir ke pejabat agama tersebut.

Dalam pada itu, ramai juga yang akui malah terhibur kerana rakaman tersebut sudah seperti satu adegan dalam drama sedangkan ia adalah benar.

"Aku Bukan Jodohnya" -Shuk Sahar Ke Pejabat Agama, Rakam Macam Buat Music Video 2"Aku Bukan Jodohnya" -Shuk Sahar Ke Pejabat Agama, Rakam Macam Buat Music Video 3"Aku Bukan Jodohnya" -Shuk Sahar Ke Pejabat Agama, Rakam Macam Buat Music Video 4