Shuk buat hal lagi? Didakwa buat lawak ‘double meaning’ dengan tetamu jemputan di konti

Shuk buat hal lagi? Didakwa buat lawak ‘double meaning’ dengan tetamu jemputan di konti

 

Selepas terpalit dengan kontroversi video mengaibkan aktres Raja Farah, pelawak dan pengacara Shuk Sahar terus-menerus menjadi tumpuan ramai. Kali ini, Shuk didakwa ‘menggatal’ dengan seorang wanita yang menjadi tetamu jemputan ketika hadir ke konti radio pada tahun 2020.

Langsung tak kenal

Enggan mendiamkan diri, Shuk tampil berkomunikasi dengan wanita terbabit yang dikenali dengan nama Ayu Aziz. Menerusi akaun Instagram, Shuk menghantar kiriman mesej (DM) meminta penjelasan daripada wanita itu berkenaan dakwaan yang dilemparkan.

Menurut portal OhBulan, pemilik nama Mohammad Shukri Mohamed Sahar turut menafi dia mengenali dan pernah menemu bual wanita tersebut seperti yang didakwa.

Salam. Maaf ya ada terbaca Twitter awak kata saya pernah flirt double meaning dengan awak. Bila tu ya sebab setahu saya sepanjang saya di radio saya tak pernah interview awak.

Sebab memang saya langsung tak kenal awak. Saya berborak dengan awak pun tak. Kalau betul, apa double meaning yang saya cakap pada awak. Saya bukan la sebarang orang nak bergurau macam tu. Isu Jamil twitter? Saya tak ingat pun saya bergurau dengan awak.

Kalau awak nak judge saya berdasarkan isu rumah 107, saya rasa awak tak tau apa pun yang jadi sebenarnya.

Tunggu surat saman

Dalam pada itu, pelakon filem Adnan Sempit 2 menegaskan dia tidak akan teragak-agak untuk mengambil tindakan undang-undang terhadap dakwaan ‘panas’ itu .

Takpe la awak. Dalam keadaan sekarang, memang yang akan nampak teruk saya. Macam ini la kalau saya benda ini fitnah atas saya, saya akan guna cara legal. Awak tunggu ja la surat saman dari saya.

Saya tak tahu apa niat awak. Allah saja yang tahu kan.

Di bawah ini disertakan sekali tangkapan skrin (screenshot) perbualan antara Shuk dan Ayu Aziz: