Shuib pernah marah sebab alihkan baju terakhir arwah Siti Sarah, Watie dedah hal sebenar terjadi

Shuib pernah marah sebab alihkan baju terakhir arwah Siti Sarah, Watie dedah hal sebenar terjadi

Isteri kepada pelawak dan penyampai radio, Shuib iaitu Watie Hanifiah mendedahkan, suaminya itu pernah bertindak memarahi pembantu rumah mereka gara-gara mengalihkan baju terakhir yang dipakai arwah Siti Sarah.

Malah, dia memaklumkan suaminya itu pernah terbangun dan menangis akibat terlalu rindu dengan arwah isterinya.

“Kadang-kadang 4 pagi tiba-tiba dia terbangun dan nangis. Kita tanya kenapa? Dia kata dia mimpi panggil-panggil arwah tapi arwah tak datang. Dia rindu sangat. Sampai la ke siang dia terus tak tidur balik dah.

“Ni pakaian terakhir arwah. Daddy (Shuib) bawa ke mana pergi. Dia pegang, dia cium.

“Setiap kali buka almari mesti akan nampak. Pernah bibik baru yang tak tahu ni baju arwah… dia alihkan. Sekali bibik kena marah,” katanya.

Watie berkongsi mengenai perkara itu menerusi sesi soal jawab di Instagram Story miliknya pada Rabu.

watie shuib 2

Dalam perkongsian yang berlainan pula, Watie turut menjelaskan perasaan cemburu tidak pernah wujud sekalipun suaminya itu sering bercerita perihal arwah.

“Sedih sebab jeles tu tak pernah. Tapi sedih bila fikir entah-entah dia tak bahagia dengan kita tu memang ada.

“Cuma dia selalu cakap ‘I berterima kasih dekat You and syukur sebab datang dalam hidup dia’.

“Yelah kan dalam hubungan kita nak sama-sama rasa bahagia. Jadi asalkan dia rasa bahagia bila dengan Watie tapi dalam masa sama dia masih rindu dan sedih dengan pemergian arwah, saya okay je. 

“Sebab arwah adalah separuh dari hidup  dan jiwa dia,” jelasnya.

Sekadar info, Watie dan Shuib mendirikan rumah tangga pada 23 Jun 2023.

Namun, hasil perkahwinan bersama arwah Siti Sarah, Shuib dikurniakan empat orang cahaya mata, Uwais Al Qarni, 12, Dzahira Talita Zahra, 10, Ariq Matin, 6 dan Ayash Affan, 2.