Shuhada beri bayangan Puteri Sarah akan berkahwin tak lama lagi?

Shuhada beri bayangan Puteri Sarah akan berkahwin tak lama lagi?

 

Bekas isteri kepada pelakon Hafidz Roshdi iaitu Nurul Shuhada seakan memberi bayangan bahawa pelakon Puteri Sarah Liyana bakal mendirikan rumah tangga tidak lama lagi.

Menerusi komennya di ruangan hantaran aktivis sosial, Farah Lee yang berkongsi foto kahwinnya, Shuhada mengucapkan tahniah dan menyebut nama Sarah atau PSL akan turut menyusul.

“MasyaAllah sister, congratulations. Maksudnya tinggal Shu je ke ni single forever, next dah PSL,” tulisnya.

Komen tersebut kemudiannya mendapat pelbagai reaksi netizen dan timbul tanda tanya sama ada perkara tersebut benar.

“Next PSL. Cepat. Dengan Andi ke?

“Next PSL?

“Betul ke lepas ni PSL? Tak sabar,” komen netizen.