Sharifah Amani selamat bersalin, pilih nama klasik untuk anak pertama

Sharifah Amani selamat bersalin, pilih nama klasik untuk anak pertama

 

Pelakon Sharifah Amani  Syed Zainal Rashid Al-Yahya akhirnya selamat melahirkan cahaya mata sulungnya pada 26 Jun 2024.

Menerusi hantaran terkini di Instagram, Amani, 38, berkongsi mengenai perkara itu apabila memuat naik fotonya bersama suami dan juga bayi lelaki mereka.

Bagaimanapun, wajah bayi yang diberi nama Ahmed Mohsein Ahmed Faris itu tidak didedahkan.

“Assalamualaikum, please meet our little one, Ahmed Mohsein Bin Ahmed Faris. Born on 26 June 2024,” kongsinya.

Dalam hantaran sama, Amani turut memaklumkan, bayi dan ibu berada dalam keadaan sihat selain berterima kasih atas doa yang dititipkan peminat buat mereka.

“Alhamdulillah, mom and baby are doing well. Thank you for your prayers,” ulasnya.

Menjengah ke ruangan balas, rata-rata peminat dan rakan selebriti membanjiri ruangan komen dengan ucapan tahniah.

Sekadar info, Amani dan Ahmed Faris bertunang pada Jun 2021.

Dan pada 10 September 2022, pasangan ini selamat melangsungkan perkahwinan.

Pada majlis berkenaan, Amani menerima mas kahwin sebanyak RM300 dan lima dulang hantaran berbalas tujuh dulang. Namun, jumlah wang hantaran dirahsiakan.