Shahrol Shiro terkejut terima panggilan dari guru, baru sedar rupanya tersalah hantar anak ke sekolah lain

Shahrol Shiro terkejut terima panggilan dari guru, baru sedar rupanya tersalah hantar anak ke sekolah lain

Musim kembali ke sekolah dihiasi dengan 1001 ragam melucukan daripada para pelajar baik sekolah rendah mahupun sebaliknya.

Namun lain pula yang berlaku kepada pelawak, Shahrol Shiro setelah menghantar anaknya, Rizqi a.k.a Iqi ke sekolah untuk hari kedua di mana perkara itu dikongsikan menerusi media sosial sejak semalam.

Dalam video berdurasi seminit lebih itu, Shahrol tiba-tiba mendapat panggilan daripada pihak Sekolah Kebangsaan Kampung Melayu meminta dirinya hadir ke sekolah.

Menyangka Iqi yang baru memasuki Darjah 1 ada mencetuskan masalah ketika berada di sana, rupa-rupanya dia selaku penjaga telah melakukan sebuah kecuaian lucu iaitu menghantar Iqi ke sekolah yang berlainan.

Setelah beberapa jam mengikuti sesi pembelajaran, Iqi mula merasa pelik kerana suasana padang di sana terlihat agak lain berbanding dengan padang sekolah yang dihadiri sebelum ini.

Walaupun masih berusia 7 tahun, Iqi cukup bijak memberanikan diri untuk maklumkan perkara itu kepada gurunya. Kerana itulah pihak sekolah segera menghubungi pelawak tersebut.

@shahrol.shiro

Atas faktor kesibukan kerja, sy minta bantuan isteri uruskan kemasukkan darjah satu sekolah anak. Dalam perbincangan nak masukkan Iqi ke sekolah mana, ada dua nama sekolah yang disebut. Cerita hari ini, sy hantar anak ke sekolah. Lepas beberapa jam hantar Iqi, sy dapat satu panggilan telefon katanya dari pihak sekolah. Risau jugak la kalau ada apa2 berlaku, rupanya sy tersalah hantar anak ke Sekolah 🤣🤣🤣 Iqi dah siap masuk kelas belajar tapi dia pelik bila tengok padang tak sama macam sekolah dia pergi sebelum puasa tu. Terus dia jumpa cikgu bagitau “Cikgu, rasanya saya salah sekolah ni”. Cikgu tengok nametag dia “Eh, betullah, kamu bukan sekolah sini”. Terus dia hantar ke pejabat. Kepada ayah di luar sana, jangan lakukan kesilapan sebegini. Maafkan ayah yer Iqi 🤣🤣🤣 dan terima kasih cikgu2 yang membantu 🙏🙏🙏

♬ bunyi asal – Shahrol Shiro – Shahrol Shiro

Meminta maaf kepada Iqi atas silap tersebut, guru di sana juga sempat mengambil gambar bersama untuk kenang-kenangan.

Meraih ratusan ribu jumlah tontonan, ramai netizen merasa terhibur dengan ‘insiden’ tersebut selain mengakui turut pernah melakukan kesilapan sama.