“Habis rosak kereta” – Penyewa dari neraka, sewa Axia buat punggah kelapa sawit

“Habis rosak kereta” – Penyewa dari neraka, sewa Axia buat punggah kelapa sawit

 

“Habis rosak kereta” – Penyewa dari neraka, sewa Axia buat punggah kelapa sawit

Seorang pemilik kereta pening kepala melihat keadaan kenderaannya apabila ada pelanggan sewa Axia buat punggah kepala sawit.

Menerusi hantaran di Faebook Salvisteh Sal, dia telah menunjukkan keadaan kereta tersebut yang dipenuhi dengan biji-biji sawit yang berguguran serta lantai kereta yang cukup kotor.

Dia yang menyifatkan pelanggan tersebut sebagai penyewa dari neraka juga memuat naik gambar individu yang menyewa kereta Axia tersebut susulan kesal dengan keadaan kereta sewaktu dipulangkan semula.

“Kita sudah beri kemudahan untuk diorang sewa, ini pula diorang buat.

“Inilah kereta yang penyewa buat, langsung tidak bertanggungjawab dan tinggal kereta macam tu sahaja. 

“Habis kereta,” ujarnya sambil menunjukkan keadaan kenderaan tersebut yang begitu kotor serta ada kesan remuk.

 

Dalam pada itu, dia turut berkongsi beberapa peralatan tajam yang ditemui dalam kereta tersebut dipercayai digunakan sewaktu penyewa terbabit memetik buah sawit di kebun.

Dia turut menunjukkan keadaan kereta yang dipenuhi dengan lumpur serta keadaan tayar yang perlu ditukar disebabkan tindakan tidak bijak penyewa.

Menjengah ke ruangan komen, ramai yang akui bengang melihat tindakan penyewa yang tidak reti menggunakan harta orang lain dengan sebaiknya walaupun mereka membayar kenderaan tersebut sewaktu tempoh penyewaan.

Mereka juga menyarankan agar pemilik kenderaan tersebut membuat laporan polis kerana ia melibatkan kerosakan yang besar sehingga mengakibatkan kerugian kepada pemberi sewa.

Difahamkan, Salvisteh Sal telah berkongsi tentang kejadian tersebut di Tamu & Bazar Online KM pada 22 Disember 2024 sebelum memuat naik video keadaan kereta di Facebooknya sendiri awal 2025.

Dia juga menyatakan sudah membuat laporan polis serta meminta supaya ganti rugi diberikan diatas semua kerosakkan yang sudah dilakukan oleh individu sewa Axia itu.