Setiap kali ‘bersama’ lampu bilik kena tutup & gelap, lelaki baru tahu isteri dinikahi rupanya ‘wanita jadian’

Setiap kali ‘bersama’ lampu bilik kena tutup & gelap, lelaki baru tahu isteri dinikahi rupanya ‘wanita jadian’

 

Pelik tapi benar, berita tentang perkahwinan sesama jantina yang tidak disengajakan bukanlah kali pertama dilaporkan oleh media.

Walaupun kedengaran tidak masuk akal, hakikatnya segelintir pelaku memang licik dalam memperdaya pasangan mereka. Selepas sah bernikah dan melayari malam pertama, barulah penipuan sebenar terbongkar.

Namun begitu, kisah seorang individu bernama Muhammad Umar ini ternyata jauh lebih mengejutkan. 6 bulan menjalani kehidupan berumah tangga, kebahagiaannya bergelar suami punah apabila mendapati bahawa isterinya merupakan seorang lelaki tulen.

Sebelum ini, mereka mula berkenalan menerusi media sosial Facebook di mana Umar saat itu terpesona dengan penampilan anggun Icha atau nama sebenarnya, Rahmat yang sedang mengenakan kain bandana biru.

Bermula dari situ, mereka menjadi semakin rapat dan Icha juga kerap bertandang ke rumah untuk bertemu dengan keluarga lelaki tersebut.

Genap sebulan berkenalan, pasangan itu akhirnya mengikat tali perkahwinan di sebuah pejabat Agama dan turut mendapat sijil nikah rasmi.

Sepanjang 6 bulan berkahwin dan duduk serumah, sebenarnya terdapat beberapa kejanggalan yang ditunjukkan oleh ‘wanita jadian’ itu :

1) Icha selalu memakai baju tertutup dan tudung di rumah hatta sedang mandi sekalipun.

2) Lampu bilik akan ditutup & gelap sepenuhnya saat mereka ‘bersama’ di malam hari.

3) Icha tidak suka baring secara terlentang atas katil, sebaliknya sentiasa meniarap.

4) Selama 6 bulan, Umar tidak pernah melihat tubuh Icha sepenuhnya.

5) Hubungan sebagai suami isteri dilakukan dari arah ‘belakang’ dengan alasan Icha ada masalah perut/datang haid.

Bangkai yang busuk tidak selamanya boleh ditutup. Bukan sahaja Umar, malahan jiran terdekat juga mula curiga dengan status sebenar Icha.

Tambahan pula setelah mereka mendengar keluhan Umar tentang masalahnya untuk ‘meniduri’ Icha secara normal.

Hinggalah pada satu hari, seorang penduduk tidak sengaja melihat Icha di rumah dalam keadaan tidak bertudung.

Tubuhnya begitu tegap, gayanya agak kasar dan kesan janggut yang sudah dicukur juga jelas kelihatan pada bahagian dagu.

Dari situ, mereka semua menuntut agar Icha diperiksa secara telus oleh pihak perubatan bagi menentukan jantina sebenarnya.

Lelaki terbabit sempat menunjukkan surat pengesahan yang disertakan dengan cop rasmi sebuah klinik, namun pusat rawatan itu kemudiannya menafikan mereka ada mengeluarkan dokumen terbabit.

Setelah dibawa ke balai polis oleh Umar, Icha akhirnya mengaku tentang penipuan yang dibuat bermula dari tindakan pemalsuan kad pengenalan, nama sebenar, alamat tempat tinggal termasuklah ibu bapa yang menjadi saksi pernikahannya.

“Awalnya saya cuma bergurau sahaja, rupanya berlarutan. Lagi pun, dekat rumah saya sedang ada masalah keluarga. 2 orang tua tu masing-masing dibayar untuk berlakon jadi ibu & ayah saya“