“Sesi persekolahan penuh kedukaan”, Hantaran sedih Facebook SK Jeram undang sebak

“Sesi persekolahan penuh kedukaan”, Hantaran sedih Facebook SK Jeram undang sebak

Sebuah bas persiaran yang membawa 39 penumpang termasuk dua pemandu terbabit nahas dengan sebuah  treler di Kilometer 126 Jalan Kuantan-Segamat dekat Simpang Tiga Bahau, Muadzam Shah, Pahang sebelum terbabas ke cerun dan terbalik.

Sesi Persekolahan Hari Ini Penuh Duka, Hantaran Sedih Facebook SK Jeram Masjid Tanah Buat Ramai Sebak

Sesi Persekolahan Hari Ini Penuh Duka

Bas berkenaan dikatakan dalam perjalanan membawa rombongan guru SK Jeram menuju ke Terengganu bagi menghadiri program penanda aras.

Menerusi perkongsian di laman Facebook SK Jeram Masjid Tanah pada Ahad, sekolah tersebut berkongsi ‘rasa sedih’ dengan satu hantaran berbentuk poster.

Sesi Persekolahan Hari Ini Penuh Duka, Hantaran Sedih Facebook SK Jeram Masjid Tanah Buat Ramai Sebak

Hantaran itu susulan tragedi bas (rombongan guru) yang terlibat kemalangan dengan sebuah treler di Rompin, Pahang pagi Ahad.

Meninjau di ruangan komen, rata-rata warga maya menzahirkan ucapan takziah kepada warga sekolah dan keluarga mangsa yang terlibat.

Sesi Persekolahan Hari Ini Penuh Duka, Hantaran Sedih Facebook SK Jeram Masjid Tanah Buat Ramai Sebak

Sesi Persekolahan Hari Ini Penuh Duka, Hantaran Sedih Facebook SK Jeram Masjid Tanah Buat Ramai Sebak

Sesi Persekolahan Hari Ini Penuh Duka, Hantaran Sedih Facebook SK Jeram Masjid Tanah Buat Ramai Sebak

Satu perkongsian daripada Cikgu Zahran di laman Facebooknya juga begitu menyentuh hati.

“Pagi ini mungkin pagi paling suram buat warga SK Jeram Masjid Tanah. Sesi persekolahan hari ini semestinya penuh kedukaan. Kami warga pendidik di seluruh Malaysia turut merasai kesedihan itu.

Besar kehilangan apabila dua guru kembali menghadap ilahi dalam kemalangan tragis ini. Malah Pembantu Operasi mereka yang bakal bersara turut terkorban. Apatah lagi ramai guru-guru masih dirawat di hospital.

Semoga tabah buat semua warga SK Jeram, guru, murid dan semua ahli keluarga yang terlibat. Tak dapat digambarkan kedukaan ini kerana peristiwa hitam yang pastinya takkan dilupakan. Doa kami buat anda semua.”

Setakat ini, empat mangsa dilaporkan maut iaitu Penolong Kanan SK Jeram, Cikgu Hasnatul Adilah Hassan; Ustazah Dahlia Ahmad; pemandu kedua bas, Hadi Ashraf Mad Idris dan pembantu operasi sekolah, Hamzah Ahmad.