Seronok dapat mata, pemain takraw tanggung malu gigi melepasi jaring!

Selain badminton dan juga bola sepak, permainan takraw juga sering menjadi perhatian peminat-peminat sukan di Malaysia.
Sejak beberapa minggu telah berlangsungnya satu perlawanan Liga Sepak Takraw (STL) di Stadium Indera Mulia, Ipoh. Antara pasukan yang turut bertanding semalam adalah Bomba Fighters, Black Panther serta Perak Bison.
Gigi melepasi jaring, harap-harap gigi hang okay Mat Oni…Aekasit dah tak tahan tu
Walau bagaimanapun, semalam malah terjadi sesuatu yang tidak dijangka pula dalam pertandingan tersebut ketika pasukan Black Panther dapat menambah mata melawan Bomba Fighters. Kegembiraan yang dikecapi waktu itu bertukar menjadi insiden kelakar apabila gigi salah seorang pemain tiba-tiba sahaja tersangkut pada jaring takraw berkenaan.
@astroarena Gigi melepasi jaring! Harap-harap gigi hang okay, Mat Oni. Aekasit tak boleh tahan dah tu 🤣. #inimilikkita #emasanuarstl
Aku ingatkan bola saja sangkut dijaring
Bukan sahaja pemain, malah pengulas serta pengadil juga tidak dapat menahan ketawa mereka selepas menyaksikan ‘peristiwa bersejarah’ berkenaan.
Difahamkan selepas itu, pemain tersebut yang mesra dipangil Mat Oni sempat dirujuk kepada pasukan perubatan untuk melihat jika mengalami kecederaan lain.
@che_pen
@hafizah8283 Smpai aku rewind tengok balik2 pun ketawa wei🤣🤣🤣 aku ingat kn bola saja yg sangkut dijaring 😂😂😂 #viral #gigisangkutdijaring🤣
Aekasit kata sepanjang karier first time gigi melepasi jaring…Kat Siam pun belum pernah terjadi
Menjengah ke ruangan komen, rata-rata netizen cukup terhibur melihat rakaman berkenaan. Rupa-rupanya, ramai penonton yang sempat merakam kejadian tersebut sewaktu ia ditayang secara live di Astro Arena.