Sering terkoyak, lelaki ini kongsi tips ‘kupas’ roadtax bagi cantik & kemas

Sering terkoyak, lelaki ini kongsi tips ‘kupas’ roadtax bagi cantik & kemas

 

Setiap tahun pemilik kenderaan diwajibkan untuk memperbaharui cukai jalan mereka dan pastinya saat yang paling mendebarkan adalah ketika proses membuka pelekat ‘roadtax’ untuk ditampal di kereta masing-masing.

Dalam sebuah perkongsian di media sosial, seorang pengguna Twitter ada meluahkan rasa kesal kerana setiap tahun gagal melekatkan ‘roadtax’ dengan baik dan kemas berikutan sering terkoyak dan hancur.

Kata individu itu, setiap tahun hasilnya tetap sama dan ‘roadtax’ yang terkoyak itu akan dilekat dengan ‘selotape’ di bahagian belakangnya.

Menjengah ke ruangan komen, ramai sebenarnya yang mengalami situasi yang sama seperti individu tadi.

Namun begitu, ada netizen yang memberi tips dan panduan bagi mengelakkan ‘roadtax’ tersebut hancur seperti contoh tarik kertas putih bukan ‘sticker’ biru dan ‘mengupasnya’ dari kanan ke kiri.

Komen twitter

 

Ambil kain buruk atau sebarang kain. Rendam dalam air panas. Pastu letak atas cermin kereta betul-betul atas roadtax tu. Nanti gam dia cair jadi akan terkupas cantik.

Kata warga maya lagi, paling senang bawa saja slip cukai jalan anda ke kedai perhiasan kereta kerana mereka lebih pakar.

Tapi ada juga yang bagi idea suruh orang perempuan yang cabut sebab diorang lebih lemah lembut…betul ke?