Sering semput & letih? Doktor ini kongsi 3 teknik pernafasan selepas dijangkiti Covid-19

Sering semput & letih? Doktor ini kongsi 3 teknik pernafasan selepas dijangkiti Covid-19

 

Salah satu gejala selepas dijangkiti COVID-19 adalah sesak nafas dan keletihan. Sebenarnya, perkara ini merupakan salah satu gejala pernafasan long covid, di mana ia masih dirasai oleh pesakit yang telah disahkan bebas dari wabak COVID-19.

Hal ini kerana virus SARS-CoV-2 menyerang tubuh manusia terutamanya di dalam paru-paru dan sistem pernafasan. Kesan pada paru-paru boleh berubah daripada ringan hingga teruk, seperti sindrom gangguan pernafasan akut (ARDS).

Senaman pernafasan adalah senaman yang agak ringan dan boleh dilakukan oleh pesakit COVID-19 dan juga mereka yang telah bebas dari wabak virus itu. Ia juga berguna untuk meningkatkan fungsi diafragma serta meningkatkan kapasiti paru-paru.

Menerusi satu perkongsian video yang dimuat naik di akaun TikTok Dr Hadi Othman, beliau ada berkongsikan teknik pernafasan yang perlu dilakukan sekiranya anda pernah dijangkiti wabak COVID-19.

Teknik pernafasan mudah

Menurut Dr. Hadi Othman dalam perkongsian itu, terdapat tiga teknik pernafasan mudah, iaitu deep breathing exercise, long huff dan short huff.

Untuk lebih mudah faham, anda boleh tonton video yang dikongsikan oleh Dr Hadi Othman di bawah ini.

@dr.hadiothman

Sering Semput dan Letih lepas dijangkiti Covid??? #belajarbersama #tiktokguru #DoktorBius #icucovid #deepbreathing

♬ Primadonna – TikTokTunes & Sped Up

Dalam pada itu, salah satu gejala penyakit lain yang biasa dihidapi kebanyakan individu ialah batuk. Tambahan pula pada musim COVID-19 ini, ada juga pesakit-pesakit yang mengalami gejala ini.

Biasanya batuk ini akan ‘datang’ bersama simptom-simptom lain seperti selsema, mata berair, kahak dan sakit tekak yang pastinya membuatkan seseorang itu berasa tidak selesa.

Namun seharusnya kita perlulah bersedia untuk sebarang kemungkinan serta langkah berjaga-jaga. Tahukah anda, sebenarnya kita amat digalakkan untuk sentiasa membawa ubat batuk ke mana-mana sebagai rawatan awal yang ringan.

Demikianlah seperti yang dikongsikan dalam artikel terdahulu, iaitu senarai ubat-ubat batuk yang boleh didapati di mana-mana farmasi. Bak kata pepatah, sediakan payung sebelum hujan.