Sering jadi mangsa salah faham, kenali apa sebenarnya ‘introvert’ di sebalik perangai pelik mereka

Sering jadi mangsa salah faham, kenali apa sebenarnya ‘introvert’ di sebalik perangai pelik mereka

 

Menurut Kamus Dewan Edisi Keempat terbitan Dewan Bahasa dan Pustaka, introvert [in.tro.vet] | اينتروۏرت merujuk kepada orang yang bersifat suka memendam rasa dan menumpukan perhatian pada dirinya sendiri, tidak suka bergaul dalam masyarakat atau dunia luar.

Berbeza dengan ekstrovert, mereka biasanya menimbulkan salah faham dan dipandang negatif kerana terlalu suka menyendiri sehingga sering dianggap sombong serta anti-sosial.

Dalam kehidupan seharian, pastinya kita terjumpa ramai individu yang berperangai sebegini. Tanpa kita sedari juga, mungkin kita sendiri atau pun ada di kalangan ahli keluarga kita tergolong sebagai seorang introvert.

Bagi menyelami perangai seorang introvert, Nurul Marjan di laman Facebooknya telah membuat hantaran berikut. Semoga dengan perkongsiannya ini, lebih ramai yang akan mengenali isi hati sebenar mereka yang bergelar introvert.

Introvert

Orang introvert, dia tak boleh diatur dan disuruh ikut buku/skrip. Dia juga jadi tak pandai kalau ada orang campur kerja yang dia nak/sedang buat. Orang introvert tak suka “terikat” atau dikawal. Mereka suka berkarya dengan bebas di ruangan sendiri.

Dia tak pandai kalau berniaga, kena ikut skrip yang Leader ajar dan tak boleh/dilarang jadi kreatif cara sendiri, dia akan jadi blank. Sebab cara dia ada seni yang tersendiri. Dia akan perhati cara Leader dan Ahli Group lain tapi dia tak boleh jadi macam orang lain, dia akan keluar dengan identiti sendiri juga, cara tersendiri. Kalau terlalu disekat-sekat, dia sanggup keluar team dan bergerak solo. Sebab dia tak boleh berkembang dan bertumbuh dalam suasana yang mengekang kreativiti.

Dia juga tak boleh kalau orang campur kerja dia, terus jadi tak pandai. Macam dia nak memasak. Dari potong bawang pun dia akan pilih bawang. Kalau orang lain potong, terus rasa blank 😆.

Orang introvert kebanyakan tak dapat bekerja dengan orang lain. Rata-ratanya memilih bekerja sendiri. Dan kelemahannya, memang dia lebih suka buat semua kerja sendiri sebab tak yakin orang lain boleh buat sehalus, seteliti kerja mereka 😅. Dan mereka memang ENJOY buat kerja dalam suasana tenang, bersendirian, maka kerja mereka kadangkala SLOW 😂 tapi hasilnya halus.

Orang introvert, bukan sahaja “takut” dengan deringan telefon, malahan deringan call/notification group WhatsApp, Telegram, notification media sosial pun mereka tak gemar nak dengar. Ada yang silent semua bunyi dan hanya enable yang penting sahaja. Sebenarnya, introvert pun tak berapa gemar nak berada dalam group-group yang aktif 😂. Biasanya mereka “mute” kan saja.

Introvert ni akan balas mesej bila betul-betul waktu yang sesuai. Kalau tengah kalut-kalut, diorang rela tak jawab call/mesej, sebab minda tak dapat fokus serta nak elak dari tersalah vibes yang mungkin boleh buatkan penerima tersalah faham.

Sejak 2010, saya silent kan phone saya. Sehingga kahwin dengan suami sekarang, kena marah sebab selalu tak jawab call 😂. Jadi, baru saya pilih-pilih, yang mana saya nak enable tone.

Jangan salah faham dan negatif tentang introvert. Mereka bukan tak berkawan atau bersosial. Mereka tidaklah teruk seperti yang anda nampak. Cuma personaliti mereka agak reserved sedikit. Melalui pemerhatian dan pergaulan, mereka akan memilih dan menapis circle mereka. Mereka bukan selfish tapi mereka mengutamakan keharmonian diri dan orang lain. Mereka tak mahu cipta atau buat masalah, berkeras dengan orang, bergaduh, bertelagah. Jiwa mereka jenis yang bebas.