Sering dipandang pelik, gadis sumbing luah rasa kecewa

Sering dipandang pelik, gadis sumbing luah rasa kecewa

Namun, berbeza dengan perkongsian seorang gadis bernama Amna Qorina dimana memiliki wajah kurang sempurna berikutan kecacatan fizikal yang dialami.

“Kenapa orang tengok saya pelik?”

@amnaikan

luahan diri semasaberjalan diluar halaman kampung.(: #perjalananhidup #begitubanyakcerita#sendulife

♬ Original sound owner rmdnramli – Keyla Azwan

Menerusi perkongsian tersebut, dia mengakui begitu ramai orang sekeliling memandangnya ketika keluar berjalan kerana dianggap agak ‘berbeza’ dan ‘pelik’ daripada insan lain.

“Kenapa bila saya jalan, keluar dari rumah, mesti ramai orang tengok saya. Saya nak tanya pelik sangat ke saya ni sampai tengok macam itu,” luahnya.

Meskipun dugaan memiliki wajah sumbing tersebut agak perit untuk dilalui, namun ia tidak mematahkan semangat Amna untuk meneruskan kehidupan dan berkongsi video-video menarik di akaun TikTok miliknya.

Tengok sebab cantik

Video berdurasi 30 saat itu sudah pasti dibanjiri komen-komen daripada warganet yang memberi semangat kepada gadis tersebut.

Rata-rata mereka memuji kecantikan Amna dan berharap agar dia terus kuat selain meminta untuk sentiasa berfikiran positif.

Allah tahu awak kuat!

Sentiasa sempurna di mata Allah

Sebak dengar, ‘stay strong’!

Biar sahaja apa orang nak cakap! Yang penting awak kuat dan teruskan semangat. Percaya dengan setiap dugaan Allah pasti ada hikmahnya.

Sumber: TikTok Amna Qorina