Serah mas kahwin RM1k, pasangan viral bawa bayi sakit kronik sah bergelar suami isteri

Serah mas kahwin RM1k, pasangan viral bawa bayi sakit kronik sah bergelar suami isteri

 

PASANGAN tular yang memiliki anak penyakit kronik bakal bergelar suami isteri yang sah dalam satu majlis di Masjid Al Maarufi, Kota Seberang, Kuala Kedah.

Lelaki berkenaan, Mohd Azlan Ishak, 36 menyerahkan RM1,000 kepada pasangan, Nor Hidayu Halim, 34 sah bergelar suami isteri selepas dinikahkan oleh Imam Masjid Al Maarufi Seberang Kota, Muhammad Hazamer Mualim selepas solat Asar dengan sekali lafaz.

Nor Hidayu yang memakai baju sedondon putih dengan Mohd Azlan menerima mas kahwin RM1,000 dan sebentuk cincin emas.

Memetik laporan mStar, pasangan itu hanya menggayakan baju tajaan daripada rakan dan melangsungkan pernikahan tanpa sebarang persiapan.

Katanya lagi, majlis akad nikah berkenaan berlangsung tanpa kenduri atau hantaran.

“Petang ini akad nikah semata-mata, tiada majlis makan-makan. Untuk akad nikah, saya tak sediakan wang hantaran. Cuma saya beri mas kahwin RM1,000.

“Dulang hantaran pun tiada, kami buat yang wajib sahaja,” katanya.

Lelaki itu juga meluahkan tidak merasa gementar untuk bernikah sebaliknya mengakui ia dilakukan demi masa hadapan anak-anak.

“Ini first time saya akan kahwin. Saya rasa OK lagi setakat ni, tiada rasa gementar. Lagi pun saya buat benda ni untuk anak saya,” ujarnya.

Pun begitu, Azlan dan Hidayu merancang membuat kenduri kecil-kecilan untuk keluarga pada 4 Jun nanti.

Terdahulu, pasangan berkenaan tular selepas membawa bayi menaiki motosikal dengan alat bantuan pernafasan khas.

Insiden itu meraih simpati ramai termasuk Perdana Menteri Malaysia yang turut menghulurkan bantuan untuk meringankan beban yang ditanggung.

Pun begitu, pihak masjid mendedahkan pasangan itu bukan suami isteri yang sah.

Pasangan terbabit kemudian mengakui tentang perkara berkenaan dan memaklumkan akan bernikah dalam kadar segera.