Sepupu Sajat nak saman Harith Iskander

Sepupu Sajat nak saman Harith Iskander

 

Temu bual yang dilakukan oleh selebriti Harith Iskander dengan usahawan kontroversi Nursajat atau nama sebenarnya Muhammad Sajjad Kamaruzzaman sememangnya masih hangat dibualkan oleh warganet.

Temu bual bersama Sajat

Dalam temu bual yang bersiaran langsung di Facebook selebriti berkenaan, Sajat ada menceritakan kronologi yang terjadi dalam hidupnya berhubung beberapa isu sehingga dia mengambil tindakan melarikan diri ke luar negara, memetik portal OhMyMedia.

Sajat putar belit fakta

Walau bagaimanapun, dalam temubual bersama usahawan trangender itu, ada pihak yang kurang setuju dengan pendedahan yang dibuat oleh Sajat.

Rasa tak adil kerana Sajat dah disahkan bersalah

Tak hanya itu,  Nurnilam Sari dan seorang lagi individu yang terlibat dalam kes penipuan yang dilakukan Sajat dikenali sebagai Nurwati Husin bercadang untuk menyaman Harith Iskander berhubung temubual yang dianggap berat sebelah.

Akan saman Harith Iskander kerana benarkan bercakap isu mahkamah

“Tak sebelah mana-mana pihak”

Walau bagaimanapun, Harith Iskander menerusi laman Facebooknya telah menulis bahawa dia sama sekali tidak berpihak kepada mana-mana individu.

Dia cuma mahu rakyat Malaysia mendengar sendiri apa yang diperkatakan Sajat dari mulutnya sendiri tanpa perlu percaya 100% apa yang diucapkan.

Terdahulu, temubual selebriti berkenaan dengan usahawan kontroversi tersebut telah mencetuskan ‘gosip’ baru apabila Sajat secara terang-terangan mengaku bahawa dirinya adalah seorang transgender.

Dalam temubual itu juga, dia ada menceritakan berkenaan kes mahkamah yang dilaluinya dimana dia kalah salam kes saman tersebut dan perlu membayar ratusan ribu ringgit.

COMMENTS