Seorang wanita, 9 warga emas ditahan berjudi

Seorang wanita, 9 warga emas ditahan berjudi

Sembilan warga emas termasuk seorang wanita ditahan ketika sedang berkumpul dipercayai berjudi dalam sebuah kedai kopi di Jalan Besar, Tanjung Piandang, 5.30 petang semalam.

Ketua Polis Daerah Kerian, Superintendan Mazuki Mat, berkata serbuan oleh Bahagian Siasatan Jenayah, Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kerian, dibuat berdasarkan maklumat awam terhadap sekumpulan lelaki dan wanita yang berkumpul tanpa penjarakan sosial.

“Seramai 13 individu termasuk seorang wanita berusia antara 48 hingga 71 tahun ditahan selain polis turut merampas wang tunai berjumlah RM1,193 dan peralatan lain yang digunakan untuk berjudi.

“Mereka diberi notis kompaun melanggar prosedur operasi standard dan dibawa ke IPD Kerian untuk tindakan lanjut,” katanya ketika dihubungi.

Mazuki berkata, semua mereka adalah warga tempatan dan kes disiasat di bawah Seksyen 6(1)Akta Rumah Judi Terbuka 1953.

Sumber: Berita Harian