Seorang parah, lima cedera 2 kereta bertembung

Seorang parah, lima cedera 2 kereta bertembung

 

Seorang cedera parah manakala lima lagi cedera selepas dua kenderaan bertembung dalam kemalangan jalan raya di Jalan Tapah di sini hari ini.

Jurucakap Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Perak, berkata, Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Kampar menerima panggilan memaklumkan berhubung kejadian pada jam 12.37 tengahari.

Katanya, anggota yang turut dibantu jentera EMRS dari BBP Gopeng bergegas ke lokasi kejadian.

“Kemalangan membabitkan sebuah kenderaan MPV Alphard dan Perodua Viva bertembung dan terdapat enam mangsa mengalami kecederaan.

“Satu mangsa lelaki yang menaiki kenderaan jenis Perodua Viva mengalami cedera parah.

“Manakala, lima lagi mangsa yang menaiki kenderaan Alphard cedera ringan,” katanya lapor Berita Harian.

Katanya, bomba mengeluarkan mangsa yang tersepit menggunakan peralatan khas dan membuat rawatan serta menghantar mangsa ke hospital tindakan selanjutnya.