Seorang maut, lima cedera dalam nahas babit empat kenderaan

Seorang maut, lima cedera dalam nahas babit empat kenderaan

Seorang lelaki maut, manakala lima lagi cedera dalam kemalangan yang melibatkan empat buah kenderaan di Jalan Gopeng – Kampar, dekat sini, hari ini.

Mangsa dikenali sebagai Baharudin Tua, 89, meninggal dunia di tempat kejadian.

Menurut jurucakap Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM), mereka menerima panggilan mengenai kemalangan itu pada 1.40 petang.

“Kemalangan melibatkan empat buah kenderaan berlanggar menyebabkan seorang mangsa terperangkap di dalam kereta Perodua Myvi manakala mangsa lain keluar dengan sendiri,” katanya dalam satu kenyataan.

Empat kenderaan yang terlibat ialah Toyota Vellfire, Proton Saga, Perodua Myvi dan Produa Alza.

Mangsa yang maut menaiki Myvi manakala mangsa yang cedera menaiki Myvi (3 orang) dan masing-masing seorang menaiki Saga serta Alza manakala lima yang menaiki Vellfire tidak mengalami kederaan.

Kesemua mangsa dibawa ke Hospital Kampar untuk tindakan selanjutnya.

Operasi yang diketuai Pegawai Bomba Kanan II Tarmizi Rasid tamat pada 2.29 petang.