“Sen pun nak berkira ke?” – Individu dikecam gara-gara sindir wanita bayar hutang dengan jumlah tepat

Baru-baru ini, tular di media sosial mengenai seorang individu menerima kecaman selepas menyifatkan seorang wanita sebagai ‘kedekut’ hanya kerana membayar hutang dengan jumlah yang tepat.

Menerusi ciapan asal di platform X, seorang wanita meminta sudut pandangan orang ramai berkenaan hutang yang melibatkan sen.

Soalnya, sekiranya hutang tersebut mempunyai sen yang banyak seperti RM17.72, adakah pembayar hutang akan menggenapkan bayaran atau membayar dengan jumlah yang tepat?

Bagaimanapun, ciapan tersebut mendapat reaksi negatif daripada segelintir individu.

Individu tersebut bertindak untuk memetik ciapan wanita itu dan mengatakan dia seorang yang berkira kerana membayar dengan jumlah yang tepat berbanding menggenapkan nombor tersebut.

Tidak dinafikan, petikan individu itu menjadi topik bualan hangat di platform X.

Rata-ratanya menyatakan perbuatan untuk membayar hutang dengan jumlah yang tepat tidak salah kerana berada di dunia arus pemodenan yang boleh bayar secara digital.