“Semua akan ke kubur juga” – Di masjid ada tandas VIP, lelaki persoal tindakan sesetengah masjid amal ‘double standard’

“Semua akan ke kubur juga” – Di masjid ada tandas VIP, lelaki persoal tindakan sesetengah masjid amal ‘double standard’

 

Seorang lelaki mempersoalkan mengapa sesetengah masjid mempunyai tandas yang dikhaskan hanya untuk golongan VIP.

Tandas sedemikian kebiasaannya boleh didapati di masjid utama sekitar ibu negara dan negeri

Menerusi laman kumpulan Facebook B40 Buat Perangai Apa Harini, individu itu bertanya tentang keperluan untuk mewujudkan tandas khas sedangkan semua adalah tetamu Allah.

“Kenapa ada tandas VIP dekat masjid? Semua adalah tetamu Allah. Boleh pula ada sistem kasta dekat masjid. Dunia akhir zaman,” tulis Azhar di laman kumpulan itu.

Hantaran itu kemudian menarik perhatian ramai dengan ada yang turut membangkitkan persoalan sama.

“Betul tu. Nanti semua akan ke kubur juga. Kita masing-masing manusia kenapa harus ada double standard begini? Inilah keadaan negara kita sekarang,” komen seorang pengguna Facebook.

Bagaimanapun, beberapa warganet tampil menjelaskan  bahawa tandas VIP adalah bagi menghormati mereka yang berstatus.

“Konsepnya adalah kita meraikan golongan yang patut diraikan. Seperti ibu bapa kita di rumah, mereka pastinya tidur di master bedroom, setaraf dengan tanggungjawab mereka.

“Sama juga dengan imam, bilal dan penceramah jemputan, mereka ini adalah orang-orang hebat yang tebal ilmu di dada, maka kita raikan mereka. Tandas VIP adalah salah satu contohnya,” komen pengguna.