Sempena ‘anniversary’ ke-11, ucapan Izzue Islam buat isteri bikin ramai terharu

Sempena ‘anniversary’ ke-11, ucapan Izzue Islam buat isteri bikin ramai terharu

 

Pelakon dan anggota kumpulan Forteen, Izzue Islam yang meraikan hari jadinya dan ulang tahun perkahwinan ke-11 bersama isteri, Nurnafilah Waharudin semalam buat ramai tersentuh.

Menerusi hantaran yang dimuat naik oleh Izzue atau nama sebenarnya Muhammad Izzul Islam Mazlan di laman Instagramnya, dia dan isteri meraikan sambutan tersebut secara kecil-kecilan bersama sebuah kek.

Izzue Islam

Dalam perkongsian turut disertai dengan ucapan romantik Izzue yang berkata isterinya adalah individu pertama yang akan menjadi keutamaan walau apa jua berlaku.

“Tak kisah berapa hari, bulan, atau tahun kita bersama, awak tetap jadi orang yang pertama saya nak tengok setiap hari,” ujar Izzue untuk isterinya.

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata netizen tersentuh dengan hantaran aktor yang berusia 34 tahun itu dan menganggap Nurnafilah Waharudin atau lebih dikenali sebagai Awin Nurin sebagai wanita yang bertuah memiliki suami seperti Izzue.

Dalam pada itu, ramai yang menzahirkan ucapan hari lahir buat Izzue serta ulang tahun perkahwinan mereka dan mendoakan agar pasangan tersebut bahagia hingga ke jannah.

Sekadar info, Izzue dan isteri berkahwin pada 2 Jun 2013 namun mereka belum dikurniakan zuriat sepanjang 11 tahun mendirikan rumah tangga.