Sempat ucap ‘good luck’ sebelum simbah asid, rupanya penyerang memang sasar muka Faisal Halim?

Sempat ucap ‘good luck’ sebelum simbah asid, rupanya penyerang memang sasar muka Faisal Halim?

 

Pemain sayap skuad kebangsaan, Faisal Halim dilaporkan cedera akibat disimbah asid oleh dua individu bermotosikal yang tidak dikenali, semalam.

Menurut laporan Harian Metro, Faisal atau lebih mesra dengan panggilan Mickey dipercayai telah disimbah asid selepas dia keluar dari kereta di sebuah pusat membeli belah di Damansara.

Kedua-dua individu yang menaiki motosikal itu sempat mengucapkan ‘good luck’ sebelum menyimbah asid kepadanya.

Menerusi foto tular keadaan Faisal, terdapat sisa cecair asid di sekitar bahagian belakang badan dan kepala serta bajunya rosak kerana bahan kimia itu.

Gmzsmhqaeaahpgu

Gmzwbpuamaaj3Fj

Faisal disahkan mengelami melecur tahap dua dan sumber mengatakan pelaku cuba mensasarkan mukanya tetapi dia sempat mengelak.

“Individu itu memang sasarkan muka Faisal (Halim) tapi dia sempat elak. Kalau kena muka berisiko kena mata dan kemungkinan besar terus tamat karier dia. Andai terjadi perkara itu, mesti akan lebih menyedihkan Faisal.

“Mungkin Allah mahu lindung keluarga Faisal sebab anak dia tidak berada berdekatan dengan dia (semasa kejadian) dan isteri dia pula terkena sedikit percikan di tangan dan tidak pasti bagaimana status isteri Faisal tu.”

Khamis lalu, seorang lagi rakan sepasukan Harimau Malaya, Akhyar Rashid dipukul dan disamun sehingga menerima jahitan di kepala serta kaki selain mengalami kerugian RM4,800 apabila telefon bimbit dan dompet dilarikan.

Namun, polis menyatakan insiden jenayah terhadap dua pemain kebangsaan yang berlaku dalam jarak masa yang dekat dipercayai tiada hubung kait.