Sempat paut tangan tapi terlepas, suami luluh hati isteri dihanyut arus banjir selepas agih bantuan
Bencana banjir di Penampang, Sabah cukup menggusarkan ramai ekoran jumlah penduduk terjejas yang kian meningkat saban hari.
Lebih menghibakan lagi pada semalam, seorang lelaki bernama Hii Ding Wei, 39, terpaksa menelan hakikat pahit mengenai pemergian isterinya, Monica Ting Siew Kwong, 37, ketika mereka turun padang dalam misi mengagihkan bantuan makanan.
Di media sosial, rakaman ketika Hii Ding Wei menceritakan semula detik-detik isterinya dibawa arus kuat berdekatan kawasan Bulatan Sigah, Jalan Penampang ByPass benar-benar menghibakan ramai.
Difahamkan saat itu, dia sudah cuba menarik tangan Monica sekuat mungkin. Namun apakan daya, aliran air banjir yang terlalu deras akhirnya menyebabkan pautan itu terlerai.
@sabah_info Selamat Jalan unsung hero Monica 😢
Hilang pada 1.40 pagi, tubuh Monica berjaya ditemui di celahan pokok oleh pasukan penyelamat kira-kira jam 8.00 pagi sejauh 500 meter dari lokasi dia dihanyutkan.
Sebelumnya, pasukan SAR berjaya menjumpai selipar yang menjadi petunjuk kepada lokasi kehilangan Monica.
@apmkotakinabalu #prayformonica #banjirpenampang #fyp #APMKotaKinabalu #APMSABAH #fypage #staysafe #banjir #banjirsabah #4u #xyzbca #penampangsabah #sabahantiktokers #fypã‚·ã‚šviral
Menurut perkongsian penduduk yang mengenali pasangan ini, katanya mereka masih mempunyai dua orang anak yang masih kecil.
Pemergian tersebut diiringi ucapan takziah kepada keluarga mendiang Monica dan ramai begitu memahami kesedihan dirasai oleh Hii Ding Wei.