Sempat jeling CCTV sebelum ambil barang, Aeril Zafrel cari staf pecah amanah & bawa lari stok

Sempat jeling CCTV sebelum ambil barang, Aeril Zafrel cari staf pecah amanah & bawa lari stok

Meskipun sudah tidak begitu aktif dalam bidang lakonan, pasangan selebriti Aeril Zafrel dan Wawa Zainal kini dilihat berjaya membina empayar perniagaan kosmetik mereka ke suatu tahap luar biasa. Namun asam garam bergelar jutawan, mereka juga tidak terlepas daripada dugaan menghadapi pekerja bermasalah.

Ada yang kenal Mamat ni? Staf pecah amanah & bawa lari stok

Sebentar tadi menerusi Instagram, pasangan suami isteri mendedahkan seorang staf mereka telah mencuri stok produk yang disimpan dalam sebuah gudang. Menerusi video yang dikongsikan, lelaki berkenaan awalnya masuk ke sana seperti biasa sebelum menjeling sebentar ke arah CCTV. Tanpa menunggu lama, dia terus menyambar 2 kotak dan terus berlalu pergi dari situ.

Slide kanan untuk tonton video penuh kejadian :

Yang dia rembat ni stok leader lain…Selama ni Wawa jenis tak cek CCTV

Meskipun nampak tidak banyak, Wawa Zainal kemudiannya mendedahkan tindakan pekerja terbabit sebenarnya melibatkan kerugian kira-kira ratusan ribu ringgit. Jelas Wawa, dia bukanlah jenis majikan yang sentiasa memeriksa CCTV. Siapa sangka kejadian sebegini akan berlaku kepada mereka.

2 kotak tu video yang aku post, yang aku tak post? – Aeril

Bukan sahaja kerugian wang ringgit, malahan ejen yang mana stok mereka telah dicuri juga perlu membayar ganti rugi kepada para pembeli. Apa yang dikesalkan, ada pula netizen yang sewenang-wenangnya menyifatkan hal ini sebagai benda kecil.