Selepas undur diri daripada Dolla, Syasya Rizal kini sudah mendirikan rumah tangga?

Selepas undur diri daripada Dolla, Syasya Rizal kini sudah mendirikan rumah tangga?

 

Selepas mengumumkan undur diri daripada kumpulan Dolla, Syasya Rizal dikhabarkan telah mendirikan rumah tangga.

Menerusi hantaran Instagram peminat Dolla, akaun tersebut memuat naik sekeping foto yang memperlihatkan Syasya mengenakan busana serba putih di dalam masjid bersama pasangannya.

Akaun tersebut turut mengucapkan tahniah dan mendoakan perkahwinan Syasya dan suaminya berkekalan.

“Congratulations once again Syasya and husband.

“Awhhh congratulations Syasya. Im so happy for you. Semoga berkekalan hingga ke akhir hayat.

“Kepada your husband – Please jaga Syasya kiteorang baik-baik okay. IDOLLA love her and miss her so much.

“Congratulations once again Syasya and husband,” tulisnya sebagai kapsyen.

Syasya Rizal