Selepas tular wanita suara garau, muncul pula lelaki bersuara ‘lembut’

Selepas tular wanita suara garau, muncul pula lelaki bersuara ‘lembut’

 

Ingat lagi tak video tular mengenai seorang gadis yang memiliki suara garau seakan-akan lelaki dewasa?

Tapi kali ini, seorang lelaki pula dikatakan suaranya mirip seorang perempuan telah mencuri perhatian ramai.

Ramai yang mendengar suara lelaki itu begitu terkejut dan menganggap suaranya dibuat-buat demi mendapat perhatian di media sosial.

@pr0w90

SUARA YG UNIK & MUKA MELAYU @Acap S

♬ bunyi asal – PROW90 – PROW90

Menurut pemuda yang bernama C Prasant, 24, dia menegaskan itu sememangnya suara aslinya dan menganggap sebagai satu keunikan.

Walaupun bersuara lembut, C Prasant mengakui dia tetap lelaki sejati dan keluarga serta rakan rapat juga mengetahui ‘kebenaran’ di sebalik suaranya itu.

“Saya tak kepit suara atau guna aplikasi AI dan ini memang suara asli sejak dahulu dan saya rasa suara ini biasa saja walaupun ‘soft’.

“Keluarga dan rakan juga mengakui perkara sama mungkin orang yang pertama kali dengar saja akan anggap suara saya seperti perempuan. Saya tetap lelaki dan mempunyai naluri seorang lelaki normal,” katanya.

Mengulas lanjut, dia pada mulanya agak terasa hati apabila ada netizen meninggalkan komen negatif terhadapnya ketika bersiaran di TikTok.

“Tetapi saya fikir saya tidak menipu orang dan ini memang suara asli saya. Kalau saya tekan suara (bersuara garau) saya sendiri yang penat namun ramai juga beri komen positif dan menyokong seperti kata saya mempunyai suara yang baik.

“Kalau di telefon orang akan panggil saya ‘kak’ dan saya akan terus beritahu saya lelaki. Saya mahu jadi diri sendiri dan tak kisah apa orang cakap asalkan keluarga saya tahu siapa saya sebenarnya,” katanya.

Walaupun bersuara unik, ada juga yang memujinya kerana lancar bercakap dalam Bahasa Melayu.

Katanya, sebagai warganegara Malaysia, kemampuan menggunakan Bahasa Kebangsaan sangat penting dan mengakui rakannya juga ramai dalam kalangan orang Melayu membuatkan kemahiran bahasanya lebih baik.