Selepas tular ‘bebird’ tersangkut di palang, atlet Perancis terima tawaran lebih RM1 juta dari syarikat porno

Selepas tular ‘bebird’ tersangkut di palang, atlet Perancis terima tawaran lebih RM1 juta dari syarikat porno

 

Baru-baru ini, seorang atlet lompat galah Perancis, Anthony Ammirati gagal ke peringkat saingan seterusnya dalam Sukan Olimpik Paris 2024 selepas alat sulitnya tersangkut di palang ketika dia hampir melepasinya.

Klip video semasa kejadian berlaku pada 3 Ogos lalu itu kemudiannya tular di media sosial dan meraih perhatian ramai orang, ada yang bersimpati dan ada juga yang memberi reaksi sebaliknya.

Pun begitu, siapa sangka kegagalan Ammirati meraih pingat kerana kemaluannya tersangkut di palang itu telah membuka peluang kepadanya untuk memperoleh ganjaran wang yang lebih besar.

Kisah mengenai Ammirati ini telah menarik perhatian syarikat hiburan dewasa, CamSoda yang telah menawarnya US$250,000 (kira-kira RM1.12 juta) untuk berada di hadapan kamera selama 60 minit.

Memetik US Weekly, Naib Presiden CamSoda, Daryn Parker telah memberi surat tawaran kepada Ammirati untuk menunjukkan asetnya sebagai pertukaran wang berkenaan.

“Walaupun anda tidak membawa pulang pingat emas, anda masih boleh memiliki emas dari peminat anda melalui CamSoda, itu dikira sesuatu bukan?” tulis di dalam surat tawaran itu.

Parker turut meminta Ammirati untuk menunjukkan alat sulitnya itu secara bebas kepada dunia dan patut mempunyai pertandingan ‘Olimpik tersendiri’ pada masa akan datang.

Terdahulu, atlet terbabit dilaporkan sangat kecewa selepas kejadian tular berkenaan selain ramai pihak yang menjadikannya sebagai bahan jenaka.

Menurut Ammirati, dia terlepas sedikit latihan lompat untuk menyesuaikan dirinya sebelum acara berkenaan bermula.

Untuk info, Ammirati mengakhiri acara terbabit dengan mata 5.60 di kedudukan ke-12 sekali gus gagal melayakkan diri ke pusingan seterusnya.

Meskipun Ammirati tidak memenangi sebarang pingat di temasya itu, tetapi kejadian yang berlaku pada dirinya itu akan tetap dikenang dalam sejarah Olimpik untuk selama-lamanya.

Setakat artikel ini ditulis, Ammirati belum memberi sebarang kenyataan berhubung tawaran berkenaan sama ada menerima atau menolaknya demi maruah diri.