Selepas Naomi Campbell, kini Lady Gaga pula gayakan busana rekaan Rizman Ruzaini di Las Vegas

Selepas Naomi Campbell, kini Lady Gaga pula gayakan busana rekaan Rizman Ruzaini di Las Vegas

 

Jenama pereka fesyen tempatan, Rizman Ruzaini kini dilihat semakin mendunia selepas busana rekaan mereka diperagakan oleh beberapa selebriti antarabangsa.

Sebelum ini, jenama tersebut telah diperagakan oleh model terkenal Naomi Campbell untuk pertunjukan fesyen di Dubai.

Terbaharu, pasangan pereka fesyen itu tampil berkongsi momen apabila busana mereka diperagakan oleh penyanyi terkenal, Lady Gaga.

Difahamkan, penyanyi lagu Bad Romance itu mengenakan busana tersebut ketika membuat konsertnya di Las Vegas.

Menerusi sebuah hantaran di Instagram, Rizman Ruzaini menyatakan busana mewah penyanyi antarabangsa itu juga ditaburi dengan ribuan batu Swarovski.

“Telephone the Paparazzi because we are at The Edge of Glory! This is Lady Gaga in a custom Rizman Ruzaini performing Americano at her Las Vegas Residency! This makes us want to drop everything and Just Dance.

“We also have a Million Reasons to thank Swarovski for the bling-bling,” tulisnya.

Menjengah ke ruangan komen, perkongsian tersebut telah meraih pelbagai respons dalam kalangan pengikutnya dan rakan artis yang rata-ratanya berbangga dengan pencapaian mereka.