Selepas Myra Natasya mengaku anak luar nikah Halim Othman, begini respon ibunya

Selepas Myra Natasya mengaku anak luar nikah Halim Othman, begini respon ibunya

 

Tidak mahu merahsiakan tentang sejarah kelahirannya, pelakon Myra Natasya memohon maaf kepada ibunya kerana sudah mendedahkan tentang statusnya sebagai anak tak sah taraf kepada orang ramai.

Namun begitu, ibu kepada pelakon ini iaitu Yusnita Omar, 49, berkata dia turut mengakui anaknya lahir bukan di atas pernikahan yang sah bersama bapa kepada anaknya iaitu penyampai radio Halim Othman.

Yusnita juga berkata dia tidak berasa marah atas tindakan anak gadisnya mendedahkan perkara itu kerana apa yang terjadi sudah pun berlalu sekian lama.

Apa yang sudah berlaku biarlah berlalu. Allah sudah aturkan semuanya. Saya gembira dengan kehidupan saya sekarang.

Dalam pada itu, Myra turut memohon maaf kepada ibunya atas pendedahan yang terpaksa dilakukan itu. Dia turut bersyukur kerana Yusnita memahami situasinya sebagai seorang ibu.

Saya ada bertanya kepada ibu sama ada dia marah apabila saya mendedahkan semua ini kepada umum.

Ibu berkata tidak mengapa, dia faham apa yang saya lalui selama ini.

Terdahulu, Myra telah mendedahkan dirinya merupakan anak diluar nikah dan ibu serta bapanya, Halim tidak pernah berkahwin di Thailand seperti mana yang didakwa sebelum ini.