Selepas lebih sebulan sedarkan diri, Abdullah menangis kali pertama ziarah kubur 6 sekeluarga – “Ini rumah baru abi, umi”

Selepas lebih sebulan sedarkan diri, Abdullah menangis kali pertama ziarah kubur 6 sekeluarga – “Ini rumah baru abi, umi”

 

2 bulan berlalu sejak peristiwa hitam nahas jalan raya mengorbankan 6 sekeluarga di Jalan Segamat-Kuantan, Dollah yang merupakan satu-satunya individu yang terselamat masih lagi dalam proses sembuh.

Minggu lalu juga, Dollah menitiskan air mata setelah pertama kali diberitahu mengenai pemergian ibu ayah serta adik beradik lain.

Bersama menemani Dollah menziarahi ibu, abi & adik beradiknya

Pada semalam untuk kali pertamanya, remaja itu telah dibawa untuk menziarahi semua ahli keluarganya yang sebelum ini dikebumikan dalam satu liang lahad.

Meskipun awalnya Dollah nampak terpinga-pinga, akhirnya rasa sebak mula menyelubungi hati anak yatim ini sehingga bapa saudaranya lembut mengusap badan untuk menenangkan keadaan.

@cikguctredutv2

Moga kuat ye Du’o n Aman.. #6keluargameninggal #rahmanlah #fyp #masukberandafyp semoga Allah sentiasa merahmati keluarga kalian.. aamiin @rahmanlahhhhhhh @rahilanoor85 @kay.rule7

♬ original sound – cikguctr – cikguctr

Inilah rumah baru Umi & Abi serta adik beradik yang lain

Ditemani Rahman yang merupakan abang sulung serta saudara mara lain, mereka mengumpul kekuatan ketika sama-sama menyaksikan Dollah menghadam secara perlahan-lahan tentang hakikat pahit tersebut.

Suasana di kawasan perkuburan itu juga bertambah suram tatkala melihat remaja ini cuba menyeka air matanya.

@kay.rule7

♬ Segenggam Tabah – INTEAM

Sekarang baru faham kenapa Allah hilangkan ingatan Dollah seketika

Menjengah ke ruangan komen, ramai netizen ikut sebak dengan pertemuan hiba antara Dollah dan ahli keluarganya yang sudah kembali ke negeri abadi.

Sosok Rahman yang masih mampu tersenyum juga seakan menambahkan rasa kedukaan dalam video tersebut.